Pages

Thursday, December 31, 2009

lagu orang asal...simbol perjuangan orang asal di malaysia...

Perjuangan Orang Asal

Orang Asal ... oh-oh Orang Asal,
Mengapa nangis, matamu bengkak,
Aduh Papa, aduh lah mama, )
Hak Orang Asal, semakin ditindas.).. 2 X

Orang Asal oh-oh ... Orang Asal,
Jangan nangis, jangan putus asa,
Ayuh semua, wahai Orang Asal )
Mari berjuang, pertahan hak kita.).. 2 X

Orang Asal ... oh-oh ... Orang Asal,
Mengapa nangis, matamu bengkak,
Aduh aru, aduhlah aki,)
Adat kami kini hampir hilang.) 2 X

Orang Asal oh-oh ... Orang Asal,
Jangan nangis, jangan putus asa,
Ayuh semua, wahai Orang Asal)
Mari berjuang, tahan adat kita.).. 2 X
Wednesday, December 16, 2009

BAKUN......

Bekalan elektrik Bakun dua fasa kekal 2015


GAMBAR fail empat wanita etnik Kayan dirakam melihat model Projek Empangan Bakun di Sarawak.





KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) semalam mengekalkan rancangan asal untuk mula membekalkan tenaga elektrik daripada Empangan Elektrik Hidro Bakun ke Semenanjung pada 2015.

"TNB akan dapat mengakses tenaga yang dijana oleh empangan elektrik hidro di Sarawak untuk dihantar ke Semenanjung Malaysia," kata Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie (gambar) dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan di sini.

Moggie sebelum itu diminta mengulas keputusan baru kerajaan Persekutuan untuk membenarkan Sarawak menggunakan kesemua tenaga daripada empangan itu yang berkapasiti 2,400 megawatt (MW), untuk keperluan industri tempatan.

Ia berikutan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada minggu lalu dilaporkan meminta kerajaan Persekutuan mengizinkan kerajaan negeri supaya tenaga daripada operasi awal empangan itu digunakan untuk industri di negeri berkenaan, terutama di Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).

"Sebahagian daripada tenaga yang dijana akan digunakan sepenuhnya oleh industri berat Sarawak, namun Sarawak berpotensi menghasilkan kapasiti yang lebih besar," kata Moggie.

P/s: ya meh......