Pages

Monday, December 23, 2013

Resepi Kek Coklat Cheese

Hi kawan-kawan,
Nah, saya share resepi ni menjelang Krismas ni. Semoga Krismas tahun ni lebih lazat & meriah ^^

Kek Coklat Cheese Kukus




Bahan2 Kek Coklat
1 Cawan gula pasir
1 Cawan serbuk koko (Kalau taknak pahit, letak 1/2 cawan koko, 1/2 milo)
3/4 Cawan minyak masak
1 Cawan susu cair/ susu sejat
1/2 Cawan susu pekat manis
1 1/4 Cawan tepung gandum @ tepung kek
1 Sudu kecil baking powder
1 Sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur

Cara2
1. Masukkan gula pasir, serbuk koko,minyak masak, susu cair & susu pekat ke dalam periuk. Masak sebentar di atas api yang perlahan (gaul sentiasa) sehingga semua bahan larut.
2. Tepung gandum, soda bikarbonat & baking powder diayak di dalam mangkuk lain. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk yang lain lagi, pukul telur sampai kembang. Kemudian,campurkan dengan adunan koko (dari Langkah 1) tadi.
4. Gaul rata dan campurkan pula dengan adunan tepung ( dari Langkah 2).
5. Gaul sebati dan bahagikan kepada dua bahagian. Kemudian buat pula adunan untuk bahagian cheese.

Bahan2 Bahagian Cheese
250g cream cheese
1/2 Cawan gula halus
1 Biji telur
1 sudu besar air
1 Sudu besar tepung gandum

Cara2
1. Putar cream cheese dengan gula halus hingga sebati dan berkrim.
2. Kemudian masukkan telur, air dan tepung gandum. Putar sebati hingga licin.

Cara mengukus & Melapis
1. Gris loyang dengan butter atau guna non-stick baking paper.
2.  Tuangkan satu bahagian adunan Coklat ke dalam loyang. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan wap masuk ketika mengukus. Kukus lebih kurang 10-20 minit dengan api yang sederhana.
3. Bila dah masak sedikit ( jangan terlampau masak, cukup sekadar boleh diletakkan lapisan cheese di atas), masukkan kesemua adunan cheese ke atas. Kukus lagi lebih kurang 10-20 minit lagi.
4. Bila lapisan cheese dah agak kering, masukkan pula bahagian adunan coklat sehingga habis. Kukus sehingga masak. Guna api perlahan sahaja supaya masak rata.

** Kalau malas mengukus, boleh juga dibakar di dalam oven.

Bila dah masak, keluarkan kek dari kukusan, buka aluminium foil dan biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Kalau ada lebih kerajinan, boleh juga buat topping :-) Tapi tak buat pun, tak apa. Sama lah kita tak rajin..hehe.. Apapun, saya share juga, manatau ada yang rajin.

Bahan2 topping
150g whipping cream - tapi sebab whipping cream mahal dan sangat susah cari, saya guna susu cair  saja^^
150g coklat masakan
15g butter

Cara2 buat topping
1. Masukkan coklat masakan dan susu cair ke dalam satu bekas tahan panas. Panaskan sampai cair guna kaedah double-boiling.
2. Kacau sebati, kemudian masukkan butter.
3. Biarkan sejuk seketika( tapi jangan sampai mengeras balik). Curahkan atas kek. Hiaslah ikut naluri hati masing2 :-) Biarkan di dalam peti sejuk sejam dua sebelum dipotong & dihidangkan.

Sedikit tips, bila baking2 ni kena yakin pada diri & gerak hati baru kek sedap! Bake with confidence dearest & just follow your instinct!

Selamat mencuba kalian & Merry Christmas & Happy New Year.

Kredit: Original resepi dapat dari beberapa blog & diubah suai mengikut sukahati saya ^^Thanks Uncle Google atas bantuan.

post signature
Friday, December 13, 2013

Resepi Sambal Belacan Ikan Bilis permintaan kawan :-)

Akhirnya, setelah sekian lama berjanji dengan seorang kawan, baru hari ni berkesempatan kongsi resepi ni di sini. Sambal Belacan Ikan Bilis. Itupun, lepas dia janji belikan emas besar papan dari Dubai untuk hamba.hahahhaa. Sambal ni memang selalu buat lah kalau di rumah. Bila ke Johor, bawa lah resepi ni ke Johor, tak tahu pula kawan-kawan suka especially yang request resepi ni :-P

Sebenarnya kan, takda resepi sangat buat sambal ni..main campur jak selalu..haha..Apapun, saya cuba terjemahkan dalam bentuk resepi yang lebih molek ye .. ^^

Resepi Sambal Belacan Ikan Bilis

Anda perlukan :


  • 1 Ketul Belacan (kira-kira saiz ibu jari)
  • 1 Mangkuk Kecil Ikan Bilis yang telah dibersihkan ( buang kepala & isi perut) **bilas dengan air sekejap untuk lagi bersih
  • 1 Biji Bawang Merah Dipotong kecil
  • 3 Ulas Bawang Putih  Dipotong kecil
  • 5 Biji Cili Padi (bergantung pada tahap kepedasan yang anda mahu )
  • 5 Biji Limau Kasturi Diperah jus
  • Secubit Garam
  • Chap chap chap chap Ajinomoto secukup rasa
  • Lesung Batu untuk menumbuk


Atur cara :

1. Masukkan Ikan Bilis ke dalam lesung sedikit terlebih dahulu.
2. Masukkan belacan . Masukkan juga bawang merah & bawang putih & cili.Bagi yang gemar halia, boleh juga tambah sedikit.
3. Tumbuk semua bahan sehingga hancur.Tambah bilis sehingga habis. Tumbuk lagi. Bilis tak perlu terlalu hancur.
4. Bila dah selesai tumbuk-menumbuk, masukkan garam & ajinomoto. Pindahkan sambal ke dalam mangkuk. Siram jus limau kasturi ke atas sambal. Jangan sampai termasuk biji limau, pahit itu.
5. Akhir sekali, ambil sudu, gaulkan sambal supaya sebati. Siap untuk dimakan! :-)

 Bagi yang suka  digoreng, panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan sambal yang telah siap tadi dan goreng sehingga keperangan. Dah siap :-) hurm, goreng dengan petai yang dihiris2 kalau ada, confirm anda terbang di awan..hehe.

Taip resepi ni pun saya berliur-liur. Makan cicah dengan mangga, ya Tuhan!

Sorilah takda gambar step by step seperti yang dijanjikan.Bila saya balik nanti, saya ambil gambar saya buat sambal ni, kemudia baru saya edit letak gambar k. Apapun, selamat mencuba!

Info: Orang Melanau, suka makan Sambal Belacan Ikan Bilis ni dengan sejenis makanan tradisi Melanau iaitu linut. Tapi sambal untuk linut biasa nya kena tambah air , supaya senang nak cicah :-) Macam dalam gambar di bawah ^^




post signature
Monday, November 11, 2013

Internet vs Faith??

This few days, I come to few video in You Tube on one preacher, on his testimonies,a miracle that lead him to believe that Jesus is his Savior  Every video that I watched do give me an impact! I love the way he describe on "listening to God's word". As I feel more excited about him, I go to find more about him through internet,but then, the more i doubted on him. There are many people who believes in him, but there are also people who not only not believing him but mocking him. Saying he is a false teacher, selling God's Words, doing all this preaching to earn money for himself. I go to his ministry website,then yes,there are business happening there. But still, its normal right, he might use all the money from CD, books selling for his ministry purpose. I can't judge by only reading all the comments from internet. I shouldn't judge him at all,only God can judge us. Gosh...

Its take me quite sometime to actually came out with a good reflection on this. The situation is like I just believed in everything he is saying, but then, suddenly others saying that he is a total cheater, a false teacher. The inner voice in me start saying " What, I was just start to believe!? " " Hurm,maybe the people are just trying to bring him down, jealous with him".. "Hurm...hurm.."
But then again, which 1 I should trust, the preacher who actually get my attention through his beautiful sharing, or the people who actually I don't know their purpose. YES, I AM CONFUSED. I am afraid, I consume the wrong food...But don't worry if sometimes you get confused when learning your faith.There is one sister who tell me this " Faith seek understanding! The curiosity is a good feeling to encourage you seek more understanding about your faith.

Then, finally, I start to figure things out. Its not about the preacher, or the people, ITS ALL ABOUT ME. ITS DEPENDS ON ME.Its doesn't matter the preacher is true or false, because it is Jesus whom I need to listen to. The preacher, whatever he is, the most important thing is that I know which one to consume,which one to follow. If I consume not with my faith, I won't get the right food. And, every answer to all my doubt are actually written in God's perfect book, the Bible. 

If the internet get you confused with your faith, get your Bible. The answer is there. Internet indeed gives you a lot of information,but it also confused you a lot sometimes. Then, read & listen not only with your eyes & ears but together with your FAITH! Then, you will know what is right,what is wrong..



post signature
Thursday, November 7, 2013

Bukan taknak kesian..bukan taknak tolong

Bukan taknak kesian, bukan taknak tolong,
Tapi, lama-lama kita rasa penat juga bukan,
Tiap tiap kali cari kita minta kita tolong benda yang sama,
Sekali dua boleh lah, tapi kalau dah jadi rutin susah juga kan..
Bukan taknak kesian, bukan taknak tolong,
Tapi, kalau tiap tiap kali lepas kita tolong janji tak ditunaikan susah juga kan,
Kata time minta tolong A, tapi bila dah kita tolong B lah, C lah , D lah pula, susahlah kan..
Bukan taknak kesian, bukan taknak tolong,
Tapi kalau awak dan anak-anak awak tak kesian kan diri sendiri ,
tak nak tolong diri sendiri terlebih dulu susah juga kan,
Sampai bila nak mengharap orang kesiankan kita, tolong kita.
Bukan tak nak kesian, bukan taknak tolong,
Tapi tolonglah paham,
situasi awak tak adalah seteruk mana sebenarnya,
Awak cuma perlu bangkit,
Tuntut hak awak,
Sedarkan anak menantu awak,
Apa tanggungjawab mereka.
Bukan tak nak kesian, bukan taknak tolong,
Tapi saya harap awak faham,
Saya pun ada keluarga sendiri, tanggungjawab sendiri
Saya pun sama macam awak, tak mampu, tapi sebab semangat buat kami mampu.
Sebab sedar akan tanggungjawab buat kami macam lebih maju.
Saya minta maaf kalau saya tak seperti yang awak harapkan.
Tapi saya dah penat, ajar memancing sudah, tak cukup diberi juga ikan mentah-mentah,
Rasanya masa untuk yang seharusnya bertanggungjawab ambil peduli.
Saya betul-betul minta maaf.


post signature
Wednesday, October 9, 2013

Syukur yang tak terucap!

Hari ini, baru aku menyedari betapa aku harus sesungguhnya bersyukur, bersyukur atas segala kasih sayang dan jawapan doa yang Tuhan beri untuk aku. . Dah masuk 2 bulan aku kerja, tak ada lagi aku cerita kan betapa aku gembira sebenarnya bila dapat kerja ni. Mungkin sebab beberapa minggu2 yang awal aku ada kesukaran sikit menyesuaikan diri dengan tempat kerja, keadaan sekeliling, rakan sekerja, sistem kerja, buat mula2 aku tak seronok kerja ni.Tapi sekarang, sejujurnya, aku tak lah master lagi kerja aku ni, tapi aku rasa aku dah mula masuk dengan kerja aku, aku dah mula enjoy kerja aku, dan aku dah mula dapat momentum tu ! :-)Dan aku dah mula berani untuk plan apa nak buat dengan kerja aku di masa hadapan.
Ya, bersyukur sangat aku:
1. Sebab ini first keja yang aku pergi interview, terus dapat, tengok, Tuhan sangat2 cekap! :-)
2. Sebab aku dapat kerja dekat hometown sendiri. Perjalanan pergi kerja pun tak sampai 20 minit. Dekat bukan, walau aku belum ada transport sendiri, tapi syukur ada kawan yang kerja kat balai polis yang aku boleh tumpang hari2. :-)
3. Walau gaji aku tak besar mana, cukup untuk aku dan keluarga aku! Sekarang aku dah mula ambil alih sedia keperluan rumah, beli makan minum, bayar bil air letrik segala, walau banyak yang mencurah tapi, tak terasa bila semua tu untuk family tersayang. lagipun dah memang tanggungjawab aku bayar balik semua pengorbanan keluarga aku untuk hantar aku belajar jauh-jauh selama ni (ah, macam dalam drama pula).
4. aku sekarang sentiasa dekat dengan family aku. Dah tak perlu emo2 nangis2 macam dulu bila rindu family. hehe. Dan paling seronok, setiap hari aku lihat anak-anak buah aku memebesar depan mata. Seronok lihat perkembangan mereka.
5. Wei, TAHUN NI AKU SAMBUT KRISMAS KAT RUMAH!!!! WAH SERONOK NYA :-)

Sesungguhnya Tuhan sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita, bila waktu yang sesuai dan bagaimana semua ni harus jadi. Dia tahu segalanya.  Jangan risau k kawan2 kalau lambat kamu dapat apa yang kamu inginkan, the time will come! Bersyukur sentiasa atas kebaikan Tuhan.


God bless,


post signature
Monday, September 30, 2013

Close Friendship.def

How exactly you define a close friendship?
Some maybe want to always keep in touch with each others, sharing stories almost everyday. This normally goes with one with soft heart, usually a girl.
Some maybe goes with , as long as we remember each other & do contact each other once a while, we are ok! This normally goes with one with strong heart, usually a guy.
Some maybe keep fighting with each other, but still they are each other shoulder to cry on. This normally goes with very long term friendship, childhood friend, usually girl-boy close friendship.
I would say, I clearly fall under the first group. I used to be very sensitive & afraid of being forgotten by my friend, especially my close one. Then the paranoid me will non-stop contacting that friend & being sensitive when I did not get the respond as what I wish, fear of losing a friend, especially when distance involved.
But, a true friend of mine finally make me understand, this is not how a real friendship should work. Friendship is not only about me getting all the attention I want, but for my friends to also have time for themself, space for them to be at their best. The number of text messages or phone call you exchanged with each other does not directly proportional with how strong is your friendship. Its about the heart! And its all about trust!
No matter which one you choose, it must fit both side well. You & your friend must understand & accept each other well. Always be open to each other, friendship won't work one way, it prefer two-ways.Talk, discuss & argue sometimes!Argument does help you in understand your friends more, but bear in mind be wise in your argument, its not about who's right who's wrong, its about getting to know each other better & learn to respect each other more.
Friendship loves this formula, Give more, expect less! And never ever treat your friends the way you want them to treat you.You may liking it to dead, but not your friends. Treat them the way they want it.
Read Gary Chapman Five Love languages book &  learn to understand your friend love language, it does help a lot!
A friend is the angel sent by God, do appreciate them for every angel comes with lots of blessing.
To a friend somewhere out there, I'm sorry for taking too much time to understand all this.Thanks for the lesson learned. God bless our friendship.Take care there & always remember, you always be in my prayers.

Hugs ,

post signature
Friday, September 27, 2013

Is Under maintenance!

Hi uollls,
Tengah trip nak kasi lawa blog lah ini konon nya..Tapi tak menjadi lagi..jadi terimalah dulu blog I yang simply pinky ini ye.. Bila usaha tangga kejayaan saya membuahkan hasil, boleh lawat blog I yang penuh warna-warni, bunga-bunga, tumbuh-tumbuhan, air terjun segala jenis flora fauna pun ada . So, terimalah apa yang ada dulu ya. Have a great lovely day everybody^^

post signature
Friday, September 20, 2013

Am I ready?

Last week, one of my schoolmate passed away at such a young age. He is just 26 & it is a sudden death. He was free from any sickness, young , active & healthy. Without any signs he left his family. This definitely tells us that life is too short and unexpected. But what disturb me more is this question: Am I ready to be called to the Lord anytime? Am I ready? Did I do enough as Catholic? What will I say to God if I was called to Him anytime now? Again, am I ready??

I am not afraid of death, but I am afraid of meeting God when I am not yet ready..I want to meet God with my cup full..So, I know what to do know, and I hope you too..Have a nice day everyone. God bless.
post signature
Friday, September 6, 2013

Siapa jodoh aku?

Siapa jodoh aku? Bohong kalau aku kata aku tak pernah pikir soal ni. Umur aku dah 25 tahun, dah harus ada sekurang-kurangnya calon bukan? Kawan-kawan aku 1 demi 1 menamatkan zaman bujang, yang dah beranak-pinak pun dah ada.Tapi, bagaimana dengan aku? Aku tak pernah bercinta (cinta monyet itu kita tolak tepi ya) ,walau berkali-kali jatuh cinta. Yalah, kenyataannya aku bukan wanita cantik feminin lemah lembut dambaan lelaki..Aku kata pada diri aku, serik aku pada cinta tak berbalas, tapi 1 perkara yang aku pasti, jodoh aku di tangan Tuhan. Aku bermimpi jadi wanita istimewa dalam hidup suami dan anak-anakku, tapi layakkah aku untuk terus mempersoalkan jodoh dan ketentuan Tuhan. Ini rahsia Dia. Aku hanya mampu berdoa Tuhan akan menghantar jodoh yang Dia rencanakan buat aku bila tiba waktunya nanti. Dimana pun dia Tuhan, Kau jagalah dia sehingga waktunya kami bertemu nanti..Buat kalian yang sudah bertemu jodohmu, hargailah dan jagalah dia sebaik-baiknya. Dia anugerah Tuhan yang berharga buat kamu. Bagi yang jodohnya belum sampai, jangan risau, flight dia delay :-P Teruskan percaya dan berdoa mohon diberikan jodoh terbaik buatmu..Kadang-kadang bila dicari sangat, kita tak jumpa, tapi apa yang memang seharusnya jadi milik kita akan datang pada kita sendiri bila waktunya tiba nanti :-)

post signature
Friday, August 30, 2013

Berhentilah menangis!


Lama dah aku tak menangis..tapi semalam aku menangis lagi, sungguh-sungguh menangis. menangis sebab apa yang aku impikan tak kesampaian..menangis sebab aku dah cuba sepenuh jiwa aku tapi aku gagal..menangis sebab aku kecewakan mereka yang mengharapkan aku...
tapi aku bersyukur, sungguh-sungguh bersyukur untuk peluang dan ruang yang Tuhan berikan untuk aku belajar, belajar menghargai mereka yang sentiasa mendukung aku..belajar menjadi kuat untuk mereka yang sentiasa mengharapkan aku..Sebab setiap kali aku melihat wajah mereka yang penuh mengharap, azam aku jadi kuat, jiwa aku jadi bersemangat!
Sesekali , kita perlu hujan juga kan, baru kita dapat menikmati indahnya pelangi sehabis hujan. Kalau kejayaan itu datang dengan mudah dan bukan atas usaha kita, apalah makna kejayaan itu bukan??
Dan selalu ingat Emie, Tuhan selalu tahu dan selalu merencanakan yang TERBAIK buat kamu. .amen.Berhentilah menangis!

post signature
Saturday, August 17, 2013

Bila saya masuk kerja

Jadi kerana ini first day kerja & xda kerja dan atas nasihat kawan baru saya blogging ni..haha.. Sejujurnya, suasana kerja di sini jauh berbeza dari yang saya bayangkan.. You masuk 1st day, then ur the boss, yet u don't know what to do..bingung giler jawabnya..wuahahhhhaaaa...

Nanti lah saya cerita panjang ya..Lunch hour dah habis :-)
post signature
Monday, August 12, 2013

Tuhan sayangkan aku :-)

Tuhan sayangkan aku,
Bukan sedikit, tapi lebih luas dari angkasa raya ,
Buktinya, waktu aku meminta, Tuhan berikan,
Waktu aku berdoa, Tuhan dengarkan,
Waktu aku menangis berduka, Tuhan hiburkan,
Waktu aku resah gelisah, Tuhan tenangkan.

Tuhan sangat sayangkan aku,
Bukan sedikit, tapi lebih besar dari lautan,
Buktinya, waktu aku masih lagi berdosa, Tuhan sedia memaafkan,
Waktu aku merasa dunia tak memihak aku, Tuhan tetap di sisi aku,
Waktu aku mula putus asa, Tuhan tetap pegang tangan aku kuat-kuat.

Tuhan sangat sangat sayangkan aku,
Bukan sedikit, tapi tak terukur kasih sayang Tuhan buat aku,
Buktinya, waktu aku hilang percaya, Tuhan datang meyakinkan aku yang Dia ada,
Waktu aku lemah dalam masalah duniawi, Tuhan jadi perisai pelindungku..
Dan setiap kali aku rasa tak berdaya lagi, Tuhan selalu ada menguatkan aku dalam doaku ..

Yakinlah bahawa Tuhan juga sangat-sangat menyayangi kamu <3 p="">
notakaki:  Sabtu ni aku mula kerja. Walau gaji tak besar mana, tapi aku bersyukur sangat, ini rezeki yang Tuhan bagi.  Syukur, terima kasih Tuhan sebab menjawab doaku. :-)

12.8.13 20.35
post signature
Wednesday, July 31, 2013

H.O.R.M.A.T!


Hormat,bagi aku bukan boleh dibeli dengan wang ringgit, bukan juga boleh dinilai dengan masa. Hormat bagi aku harus datang dari hati yang ikhlas dan terbuka.  Hormat, susah kita nak dapat, tapi senang kita nak hilang. Sejak kecil lagi, kita diajar untuk menghormati sesama kita,terutamanya golongan yang lebih dewasa daripada kita. Dalam keluarga, hormat itu asas segala-galanya. Tapi, apa kata anda andai ini yang terjadi:
 Bayangkan, anda hidup bersama seorang yang sangat tidak bertanggungjawab pada keluarga , juga pada diri sendiri. Bongkak sombong dan tidak pernah mahu beralah. Dari kecil anda lihat bagaimana teruknya dia sebagai seorang suami juga sebagai seorang dewasa dalam keluarga. Percakapannya pula selalu mahu menang dan sering menyakitkan hati yang mendengarnya. Bagi dia, dia sahaja yang betul, orang lain selalunya salah. Lebih teruk, tanggungjawab terhadap keluarga dia abaikan, malah saban hari dia jadi makin malas, malas berusaha, malas bekerja. Anda pula berada di situasi dimana anda harus menghormati dia walau apapun sebab, dia ahli keluarga anda & dia jauh lebih dewasa! Tapi, persoalannya sekarang, anda tak pernah berjaya pupuk perasaan hormat terhadap dia walau macamana pun anda mencuba dari anda masih kecil lagi. Bertahun anda mencuba untuk mendatangkan rasa hormat itu, tapi makin anda dewasa, makin anda gagal, sebab anda dah lebih dewasa untuk nampak apa yang baik, apa yang buruk. Namun, apa yang lebih menakutkan, rasa kurang hormat ini lama kelamaan menjadi satu kebencian. Anda jadi tidak wajar terhadap layanan dan percakapan anda terhadap orang ini. Apa yang harus anda lakukan? Di satu sisi, anda tahu anda harus belajar menghormati dia, menjaga tingkah laku terhadap dia, di satu sisi lain anda tahu sukar untuk menghormati dia sebab anda kenal dia, anda muak dengan perangai dia , anda dah hilang rasa hormat terhadap dia...
Aku harap, aku tak harus memilih..aku harap, aku tak ragu-ragu untuk ada rasa hormat itu!
Thursday, July 11, 2013

It is during the worst time in your life..

It is during the worst time in your life that you will learn to appreciate even the smallest things that you never care before.
It is during the worst time in your life that you will start to acknowledge your own weaknesses and believe in your own strengths.
It is during the worst time in your life that you will understand the meaning of true blessing.
It is during the worst time in your life  that you will love more than you ever loved.
It is during the worst time in your life that you will rejoice in the rain and longing for the rainbow.
It is during the worst time in your life that you will believe in miracle more than anything else.
It is during the worst time in your life that you will know and love yourself more deeply.
It is during the worst time in your life that you will know who is your true friends.
It is during the worst time in your life that you will see and understand the things you never understood before.
and it is during the worst time in your life that you will realize GOD IS SO NEAR with you!
Be GLAD, for during this worst time you will LEARN MORE, APPRECIATE MORE & LOVE MORE :-)


post signature
Saturday, July 6, 2013

That call:-)

Received a call from someone you really waited & wanted to talk with ,that is definitely amazing right! Aha, yes, and that was "the best call" ever!! It special enough to make me feeling alive, fresh & excited! That call, I wish it EVERYDAY..hahahahhaha
post signature
Tuesday, July 2, 2013

Lose yet another battle but I will definitely win someday.

Kalah lagi. Pada permainan hati dan perasaan. Mungkin takdir aku begini. Rapat, berteman, menyayang tapi selalu aku yang terlebih perasaan. Hah! Maaf, kali ni aku lebih memilih menyelamatkan perasaan dan hati aku sendiri. Aku dah letih. Bekorban untuk kawan, memahami kawan, tapi dihujung cerita aku juga yang selalu ditinggal kawan. Kali ni, biarlah. Aku mungkin tak mampu jadi kawan yang baik lagi, kalian mungkin fikir aku pentingkan diri, tak fikir hati kawan, tapi, sampai bila aku nak biar hati aku merana dan tengok orang bahagia. Jalan terbaik, aku tutup mata, tutup telinga, tutup buku lama. Tapi, aku tak pernah padam kalian sebagai sahabat aku, cuma mungkin, aku bukan sahabat yang dulu itu lagi...

post signature
Wednesday, June 19, 2013

Realiti..........

Macamana pun sekarang, aku kena jadi KUAT ..Jadi kuat untuk diri sendiri,kuat berdepan kesilapan mahupun kelemahan diri, kuat berdepan sahabat yang semakin melupai diri dan paling penting KUAT BERDEPAN REALITI.

Siapa kau Realiti untuk menolak aku ke tepi?
Sekuat mana engkau Realiti untuk buat aku jatuh tersungkur? aha!Aku mungkin akan jatuh, tapi lepas tersadung, bersihkan lutut, itu saja, aku pasti akan bangun KEMBALI walau lutut aku berdarah. Aku  dah terbiasa Realiti, berdepan dengan kamu yang jauh lebih pahit dari yang selalu aku impikan. Aku dah akur dan percaya ,Tuhan lebih mengetahui dan selalu mengetahui segala yang terbaik buat aku!

Ya, aku ada Tuhan! Aku dah LEBIH DARI KUAT untuk buat kau pula yang jatuh tersungkur, Realiti. Aku ada Tuhan yang selalu menguatkan aku untuk berdepan kamu.

Aku tak pernah bermusuh dengan kau realiti, apatah lagi menolak kau. Aku tahu, engkau dan masa depan adalah satu. Ada esok, adalah engkau realiti, ada nafasku, adalah juga engkau realiti. Malah, aku mahu berterima kasih pada kau Realiti, sebab dari engkau tak pernah ada pembohongan, engkau telus, benar walau kadang2 lebih pahit dari manisnya. Kau guru terbaik Realiti, banyak buka mata aku, tentang dunia ini. Banyak mengajar aku, hidup ini dugaan, hidup ini pengalaman dan hidup ini Kau, REALITI.

Fantasi itu jauh lebih indah, tapi kalau diminta memilih, aku lebih memilih kau Realiti, dari hidup dalam angan fantasi yang tak sudah-sudah.

post signature
Sunday, May 26, 2013

Mok kawin dah kawan ku eh :-)

Steffi,
Amoi, wah, esok ko kawin, yeah! Excited dari jauh jak aku nangga gambar2 yang ko post d fb. I bet, u will have a great event tomorrow:-) Sayu juak sikpat attend wedding ko, tapi, apa boleh buat, mun Sungai Sarawak boleh direnangi, bulan lalu dah aku start berenang agak takorang sia.Apapun moi, although I can't be there physically, but, my prayer will always be with u & Kas.

Teringat mula2 ko rapat ngan Kas lok, amboi, kecoh jak mek orang nangga ada orang dari KRP(kalo x silap lah ah, lupa2 ingat) sanggup ambil orang jauh di K9 mok p makan , lepas tu dtg steamboat pun naik moto sama2, bising amoi2 di KTR. Rupa2nya, lmbat crta kami moi, paduhal dah bersatu takorang dua..hahhaa. Tapi, ada satu benda yang aku belajar dari takorang dua, "If he is the right one, God will send him to you, pray & he will find you". Aiseh, macam ayat2 drama Tagalog pun ada kan, tapi tok lah yang benar2 aku belajar dari ko & Kas. Love between you two is amazing!

I'm glad I get to know you amoi, berkongsi banyak benda, & especially bila ko selalu jadi burung lepak2 di KTR. Every time u there, mesti ada jak cerita kita, meriah jak . Rasa macam sedih bila 1 of my sister getting married, & I can't be there. Sorry, hadiah pun xda kirim moi..

U have a very2 great personality, caring , ceria & hati yang sangat baik, & I know, u will definitely made a good wife & mother :-)  And for Kas, I can see him as a great big brother(walau mula2 aku ingat namanya Castrol..ahaha), and I know, he will make sure you will be happy & taking care of you :-) I wish you both a wonderful, awesome, fabulous married life Steff & Kas, & continue to love each other forever & ever. May the love of Christ fill your married life. Cepat2 lahirkan anak2 yang comel ah, auntie Emie nak tumpang kasih sayang. Lastly, Happy Blessed Wedding !!

Nah, kenangan bersama time muda remaja..ahaha

Love & Prayer,


post signature
Wednesday, May 22, 2013

Kejayaan memang tidak datang bergolek, apatah lagi terbang...

Hi kawan2,
Bila tak dapat tido, baru mok blogging lagi kan..hehehe..Dah lebih sebulan duduk di rumah menunggu berita gembira, menunggu bila diri ini akan bekerjaya semula.
 Betul kata orang dalam cerita yang kejayaan tu takkan datang bergolek. Sekarang, baru rasa susahnya nak bina hidup tu sendiri. Maksud 'hidup" di sini adalah ada kerja yang tetap, berpendapatan tetap tiap2 bulan, mampu sara keluarga , mungkin lebih bagus ada kereta dan rumah sendiri. Hidup yang stabil.
Susah sebenarnya kan, bila dah "terima topi segi empat", graduated, tapi belum dapat2 kerja. Banyak expectation dari orang sekeliling. Keluarga terutamanya, pasti menunggu bilalah dapat diri ini pula menjadi sandaran. Orang kampung pula akan sibuk bercerita, "anak si dotdotdot itu belajar tinggi2, sampai ke Johor, tapi sampai sekarang belum dapat kerja bagus"..Telinga bila mendengar, tebalkan saja lah..
Bukan senang kan nak berjaya sekarang, walaupun berjaya dalam definisi saya mudah sahaja, ada kerja tetap dan hidup cukup makan dan gembira ! Menggenggam segulung Ijazah bukan jaminan , keluar2 terus berjaya pegang duit ribu2. Yes, memang ramai juga kawan2 yg berjaya macam tu, tapi mungkin jalan aku bukan macam tu. Takut, ya, memang aku takut juga! Takut terlalu lambat aku berjaya. Takut, terlalu lambat aku bertemu hidupku. Tapi, selagi aku percaya akan rencana Tuhan, aku takkan biar ketakutan tu jadi penghalang untuk aku mencari hidupku. When the right time has come, everything will be alright. Pray for me dear friends & family.

Moga apa yang kita impikan, satu hari akan jadi kenyataan.Amen.

post signature
Monday, May 13, 2013

Dear Lord

Dear Lord,
Life give me reason to give up now, but I know, Your strength within me keep me still fighting. Keep me stronger o Lord. Make me believe that when the right time has come, everything will be alright according to Your will. I love you Lord . Give me Lord a door to my successful story. Amen
post signature
Saturday, April 20, 2013

Officially jobless

Ola everybody:-)

Refer to the title, yes, I am officially jobless now after finishing my 1 year contract as Campus Ministry Officer (CMO) for MJD. Feeling awkward yo, doing nothing everyday and earning nothing. I need money, I have family waiting for me to start taking care of their needs, I have PTPTN to pay, I have delayed broadband bill to pay, I seriously need job A.S.A.P!

But, I must be positive. God called me 1 year ago, & He definitely won't left me alone half way. He had planned everything for me. I have FAITH! God will give me suitable job very soon, in His perfect time. Wait & have faith Emie.

So while waiting , I take chances to improve my cooking skills, especially in  baking . With support from my family, everyday now I spend my time learning to bake cakes, biscuits and kuih-muih. I have a dream, 1 day I will open my own bakery :-) Whose know this 'tak pandai masak Emie' can own her own bakery 1 day right? Amen to that! I also started baking cakes for friends & family birthday now,yes, you can order now..hahaha.. Coming soon, Smarties Chocolate cake for Naomi's 2nd birthday, and Red Velvet Moist Cake for Mothers's Day. So, I better ready with the recipes now. Mr .Google yeah..ahaha..Gotta go for now, pray that I will get my job very soon dear friend. Have a great everyday. God bless.


post signature
Wednesday, February 27, 2013

Melihat dari sudut berbeza

Hai kawan-kawan,

Its been a while kan, biasalah bukan penulis tegar, time ada kerajinan jak muncul disini :-)
Anyway, not to late to say "happy New Year 2013". May this new year bring more wisdom, joys, happiness & good health. Oh yeah!

Walau baru 2 bulan dalam 2013, tapi, banyak benda dah aku tempuh sebenarnya. Jatuh bangun,jatuh bangun, macam dah "sik lalek" kata orang Sarawak. 2 bulan tu bukan lah tempoh yang panjang kan, tapi apa2 boleh jadi tau dalam masa yang singkat. Kita tak menduga, tapi Tuhan tahu segalanya.

Apa juga yang jadi sebenarnya kan, berkias sungguh aku..haha..Not to mention here kawan-kawan.Cukuplah aku katakan, apa yang terjadi baru-baru ni mengajar aku melihat dari sudut yang berbeza. Membuat aku sedar bahawa aku bukanlah si Emie yang kuat menangis itu lagi, tetapi si Emie yang masih juga kuat menangis tapi sentiasa menilai dalam setiap tangisan. Berfikir seperti gadis dewasa umur 30(oh, aku baru umur 24thun yah:-) ). Maksud aku, aku harap aku lebih matang dalam tindak tanduk aku dan harap akan sentiasa matang saban hari. Aku mahu jadi lebih positif! Aku dah tak mahu lagi jadi macam dulu, menilai perkara dari sudut negatif sahaja. Aku dah tahu, ada sebab Tuhan pertemukan kita dengan sesuatu, Dia tahu kita harus lalui itu, baru kehidupan kita ada maksud! Anggap ni macam "assignment" dari Tuhan, untuk megajar kita lebih kuat dan lebih mendewasakan kita!

Sebelum ini, bila ada sesuatu yang menyakitkan terjadi pada aku, aku selalu persoalkan Tuhan.Kenapa aku?Kenapa harus aku lagi?kenapa tidak orang lain? Tapi, apa yang terjadi baru-baru ni betul2 mengajar aku untuk percaya dan percaya pada rencana Tuhan dan terus yakin, Dia tahu yang terbaik! Dan lebih penting, semua ini ANUGERAH dan KASIH SAYANG Dia buat aku!

Terima kasih Tuhan kerana memilih aku untuk melalui semua ini. Kuatkan aku luar dan dalam. Kuasai fikiran, hati dan perbuatanku sepenuhnya.

yang lemah tapi dikuatkan,
post signature