Pages

Thursday, December 1, 2011

Terima kasih cinta


Terima kasih atas cinta yang tak memiliki itu Tuhan, aku belajar untuk tidak mementingkan diri, aku belajar bersabar dan berfikir lebih matang. Malah, cinta itu mengajar aku untuk jadi lebih kuat dan menghargai segala sesuatu yang ada disekelilingku. Kerana cinta itu, aku belajar menyayangi dengan lebih dalam, menyayangi tanpa meminta balasan, menyayangi tanpa sebarang syarat. Cinta itu buat aku belajar menerima sesuatu yang tak mungkin aku paksakan. dan paling penting, cinta itu buat aku belajar erti pengorbanan, pengorbanan cinta..Ya, cinta tak semestinya memiliki. Namun, berbahagia kerana kita pernah punya rasa cinta dihati..
oh, Tuhan aku cakap, dia orangnya, yang aku perlu buat, terus percaya, dan bersabar..Orang bersabar akan dapat apa yang dia nantikan.....
Cinta itu tak kejam  ..percayalah, walau terkadang, kita tak memiliki cinta itu...

december 1..8.35am