Pages

Tuesday, October 18, 2011

Kehilangan

17.10.2011-Datuk pergi tinggalkan kami sekeluarga..Tanpa sebarang tanda, sebarang pesan, tiba-tiba jak dia pergi..Aku terkejut, sedih dan tak percaya. Dah tak ada lagi yang boleh aku panggil "mayeng umit" lepas ni..Takkan nampak lagi kelibatnya yang kecil2, di pasar Dalat membeli keropok untuk cucu-cicitnya.. Aku jadi lebih sedih memikirkan, kalau aku balik rumah lepas ni, aku takkan jumpa dia lagi...ya, selamanya takkan..
Aku cucu yang paling jarang dia jumpa, aku jarang ada kat rumah..aku sedih, sebab setiap kali kalau aku balik bercuti, dia akan mencari aku, minta aku datang ke rumah, dia rindu katanya. Tapi sekarang, aku tak sempat pun jumpa dia buat kali terakhir. Mayeng umit pasti tak suka tengok aku sedih2 begini, tapi, aku tak kuat mayeng. Hati aku hancur luluh dengar mayeng dah tak ada..
Dulu waktu aku kecil, mayeng suka cium pipi aku  tiap kali aku tinggalkan rumahnya..Dulu aku tak suka dia buat macam tu, sebab segan depan kazen2 yang lain, walau aku tahu itu cara dia tunjukkan dia sayangkan kami cucu2nya..sekarang, aku pasti rindu semua nie...
Ahhh, semua ni tiba-tiba..aku tak bersedia sedikit pun untuk kehilangan datuk..kalau aku tahu, mungkin aku akan call dia siang hari tu, tapi, aku tak buat tu..aku tak tahu dia akan pergi..betul kata orang, hargai orang2 yg kita sayang, sebab , bila2 masa sahaja, kita boleh kehilangan mereka..
Aku tak mampu nak balik, untuk ada di sisi jasadnya. Tapi, aku panjatkan doa untuk mayeng, berehatlah dalam damai mayeng. Kami akan sayang mayeng, dulu, selalu dan sampai bila2 pun.

Apa yang terjadi ni buat aku jadi takut untuk berada jauh dari keluarga lebih lama lagi. Aku tak rasa aku akan mampu terima satu lagi kehilangan dan aku tak ada di sisi orang2 yg aku sayangi...Tuhan, ini kali yang ketiga, aku kehilangan ahli keluargaku dan aku tak ada di sisi mereka, aku mohon, biar ini jadi kali yang terakhir, aku mohon ya Tuhan......