Pages

Monday, December 23, 2013

Resepi Kek Coklat Cheese

Hi kawan-kawan,
Nah, saya share resepi ni menjelang Krismas ni. Semoga Krismas tahun ni lebih lazat & meriah ^^

Kek Coklat Cheese Kukus




Bahan2 Kek Coklat
1 Cawan gula pasir
1 Cawan serbuk koko (Kalau taknak pahit, letak 1/2 cawan koko, 1/2 milo)
3/4 Cawan minyak masak
1 Cawan susu cair/ susu sejat
1/2 Cawan susu pekat manis
1 1/4 Cawan tepung gandum @ tepung kek
1 Sudu kecil baking powder
1 Sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur

Cara2
1. Masukkan gula pasir, serbuk koko,minyak masak, susu cair & susu pekat ke dalam periuk. Masak sebentar di atas api yang perlahan (gaul sentiasa) sehingga semua bahan larut.
2. Tepung gandum, soda bikarbonat & baking powder diayak di dalam mangkuk lain. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk yang lain lagi, pukul telur sampai kembang. Kemudian,campurkan dengan adunan koko (dari Langkah 1) tadi.
4. Gaul rata dan campurkan pula dengan adunan tepung ( dari Langkah 2).
5. Gaul sebati dan bahagikan kepada dua bahagian. Kemudian buat pula adunan untuk bahagian cheese.

Bahan2 Bahagian Cheese
250g cream cheese
1/2 Cawan gula halus
1 Biji telur
1 sudu besar air
1 Sudu besar tepung gandum

Cara2
1. Putar cream cheese dengan gula halus hingga sebati dan berkrim.
2. Kemudian masukkan telur, air dan tepung gandum. Putar sebati hingga licin.

Cara mengukus & Melapis
1. Gris loyang dengan butter atau guna non-stick baking paper.
2.  Tuangkan satu bahagian adunan Coklat ke dalam loyang. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan wap masuk ketika mengukus. Kukus lebih kurang 10-20 minit dengan api yang sederhana.
3. Bila dah masak sedikit ( jangan terlampau masak, cukup sekadar boleh diletakkan lapisan cheese di atas), masukkan kesemua adunan cheese ke atas. Kukus lagi lebih kurang 10-20 minit lagi.
4. Bila lapisan cheese dah agak kering, masukkan pula bahagian adunan coklat sehingga habis. Kukus sehingga masak. Guna api perlahan sahaja supaya masak rata.

** Kalau malas mengukus, boleh juga dibakar di dalam oven.

Bila dah masak, keluarkan kek dari kukusan, buka aluminium foil dan biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Kalau ada lebih kerajinan, boleh juga buat topping :-) Tapi tak buat pun, tak apa. Sama lah kita tak rajin..hehe.. Apapun, saya share juga, manatau ada yang rajin.

Bahan2 topping
150g whipping cream - tapi sebab whipping cream mahal dan sangat susah cari, saya guna susu cair  saja^^
150g coklat masakan
15g butter

Cara2 buat topping
1. Masukkan coklat masakan dan susu cair ke dalam satu bekas tahan panas. Panaskan sampai cair guna kaedah double-boiling.
2. Kacau sebati, kemudian masukkan butter.
3. Biarkan sejuk seketika( tapi jangan sampai mengeras balik). Curahkan atas kek. Hiaslah ikut naluri hati masing2 :-) Biarkan di dalam peti sejuk sejam dua sebelum dipotong & dihidangkan.

Sedikit tips, bila baking2 ni kena yakin pada diri & gerak hati baru kek sedap! Bake with confidence dearest & just follow your instinct!

Selamat mencuba kalian & Merry Christmas & Happy New Year.

Kredit: Original resepi dapat dari beberapa blog & diubah suai mengikut sukahati saya ^^Thanks Uncle Google atas bantuan.

post signature