Pages

Friday, December 13, 2013

Resepi Sambal Belacan Ikan Bilis permintaan kawan :-)

Akhirnya, setelah sekian lama berjanji dengan seorang kawan, baru hari ni berkesempatan kongsi resepi ni di sini. Sambal Belacan Ikan Bilis. Itupun, lepas dia janji belikan emas besar papan dari Dubai untuk hamba.hahahhaa. Sambal ni memang selalu buat lah kalau di rumah. Bila ke Johor, bawa lah resepi ni ke Johor, tak tahu pula kawan-kawan suka especially yang request resepi ni :-P

Sebenarnya kan, takda resepi sangat buat sambal ni..main campur jak selalu..haha..Apapun, saya cuba terjemahkan dalam bentuk resepi yang lebih molek ye .. ^^

Resepi Sambal Belacan Ikan Bilis

Anda perlukan :


  • 1 Ketul Belacan (kira-kira saiz ibu jari)
  • 1 Mangkuk Kecil Ikan Bilis yang telah dibersihkan ( buang kepala & isi perut) **bilas dengan air sekejap untuk lagi bersih
  • 1 Biji Bawang Merah Dipotong kecil
  • 3 Ulas Bawang Putih  Dipotong kecil
  • 5 Biji Cili Padi (bergantung pada tahap kepedasan yang anda mahu )
  • 5 Biji Limau Kasturi Diperah jus
  • Secubit Garam
  • Chap chap chap chap Ajinomoto secukup rasa
  • Lesung Batu untuk menumbuk


Atur cara :

1. Masukkan Ikan Bilis ke dalam lesung sedikit terlebih dahulu.
2. Masukkan belacan . Masukkan juga bawang merah & bawang putih & cili.Bagi yang gemar halia, boleh juga tambah sedikit.
3. Tumbuk semua bahan sehingga hancur.Tambah bilis sehingga habis. Tumbuk lagi. Bilis tak perlu terlalu hancur.
4. Bila dah selesai tumbuk-menumbuk, masukkan garam & ajinomoto. Pindahkan sambal ke dalam mangkuk. Siram jus limau kasturi ke atas sambal. Jangan sampai termasuk biji limau, pahit itu.
5. Akhir sekali, ambil sudu, gaulkan sambal supaya sebati. Siap untuk dimakan! :-)

 Bagi yang suka  digoreng, panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan sambal yang telah siap tadi dan goreng sehingga keperangan. Dah siap :-) hurm, goreng dengan petai yang dihiris2 kalau ada, confirm anda terbang di awan..hehe.

Taip resepi ni pun saya berliur-liur. Makan cicah dengan mangga, ya Tuhan!

Sorilah takda gambar step by step seperti yang dijanjikan.Bila saya balik nanti, saya ambil gambar saya buat sambal ni, kemudia baru saya edit letak gambar k. Apapun, selamat mencuba!

Info: Orang Melanau, suka makan Sambal Belacan Ikan Bilis ni dengan sejenis makanan tradisi Melanau iaitu linut. Tapi sambal untuk linut biasa nya kena tambah air , supaya senang nak cicah :-) Macam dalam gambar di bawah ^^




post signature