Pages

Friday, July 15, 2011

Layak Mendapat Sijil

Hai,
Akhirnya setelah genap 5 minggu kalau tidak silap kira, maka berakhirlah perkhidmatan saya sebagai seorang Nanny dan disahkan Layak Mendapat Sijil oleh PBBS(Persatuan Babysitter Bapa Saya :-). Dengan sendirinya, saya mengesahkan saya lulus dengan kelas pertama  dan A+ dalam subjek-subjek berikut (perasan terror sudah,hehe):

1. Memandikan Anak

Walaupun pada percubaan pertama, saya dikejutkan oleh tangisan meraung-raung baby Felicity yang terkejut dimandikan oleh orang baru, saya mampu menghadapinya sehingga ke hari terakhir.Dan "no more tears" lagi semasa mandi selepas tu. Serius, ini subjek paling susah bagi saya. Macamana mok pegang anak, dengan tangan licin, sambil sebelah tangan memandikan dia, dan I'm totally a beginner. Tidak pernah buat ni sebelum ni, mandikan kucing adalah. So, 1 benda baru dipelajari!

2. Bersihkan baby yang poo-poo

Sebelum mengambil subjek ini, saya adalah anak dara yang eksyen sangat geli dengan poo-poo baby.  Saya suka baby, tapi everytime kalau baby tu poo-poo, saya akan melarikan diri. Dengan anak buah saya, C Baby Naomi pun saya buat begini. Geli kunun.tiih!ahaha. Tapi, bila dah jadi seorang Nanny, semua tu kena buang tepi. First day pun baby Felicity dah bagi ujian poo-pooo. Mula-mula memang cuci sambil tutup-tutup mata, tutup-tutup hidung,tapi lama-lama dah tak kisah, terbiasa. Balik rumah pun sekarang, sanggup cuci poo-poo baby naomi dah. Ini satu peningkatan!

3. Menyediakan susu dan menidurkan baby

Ha, ini subjek takdalah berat sangat.Buat susu ikut sukatan, then bagi baby Felis nenen, bila kenyang kadang-kadang automatik dia tertidur sendiri. :-)

4. Memahami bahasa bayi

Hurm, ini teknikal nya agak susah. Yalah, baby tu ta tata ta ta ta ta ta jak untuk semua benda yang dia mau..Mau menyusu "ta tata ta ta ta ta ta", mau tidur" ta tata ta ta ta ta ta", poo-poo pun "ta tata ta ta ta ta ta". Jadi untuk lulus subjek ni, kena lah bijak pandai, paham setiap kelainan bahasa .Kalau panjang sikit, mau nenen, kalau bising mau tidur , lama-lama pandai  makin slow, kalau poo-poo lagi senang, ada sound effect dia sendiri..ahaha. Satu yang saya suka pasal baby, mereka tak paham apa yang kita cakap, tapi bila mereka dengar macam mereka paham jak:-)

5.  Projek tambahan

In addition, saya teman baby felicity checkup di Klinik Ibu & Anak, untuk bulan ke-4. Yang lucu nurse disana pikir saya ni ibu Felicity , tapi yang sangat blur, dia tanya anything, saya diam saja, tidak tahu jawab..haha..Nasib daddy budak ikut, kalau tidak lagi saya blurr..haha. Oh ya, the most important thing yang baru saya tahu, rupa-rupanya bila timbang berat & tinggi baby, baby harus ditelanjangkan. Baru tahu;-)

Actually banyak lagi yang saya belajar sepanjang jadi nanny untuk baby Felicity ni. Terlalu banyak untuk diceritakan disini. Apa yang penting sebulan yang berlalu ini cukup untuk membenihkan segunung kasih sayang untuk anak kecil ini. Sedih pula. Aunty berbahagia baby kerana diberi peluang bersama baby melalui proses tumbesaran. Baby Felicity pun dah pandai meniarap sendiri dah. Untuk baba & nyonya, maaf kalau ada kekurangan. Terima kasih, makan minum , tunjuk ajar dan segalanya. This is such a wonderful experience for me.

Baby felicity, ceria, manja, cute...

p/s: Now I'm ready to become a mum.hahahhaha.

the nanny,