Pages

Tuesday, June 14, 2011

The Nanny Diaries~Prolog

        Alkisah di suatu kampung yang indah permai,jauh di pedalaman Sarawak tinggal seorang gadis bersama keluarganya dalam kehidupan yang serba sederhana. Gadis ini, walaupun hidup dalam keaadaan yang sederhana, namun dia bercita-cita besar. Dalam sedikit masa lagi, dia akan menamatkan pengajiannya dalam ijazah sarjana muda . Dia ingin mengubah kehidupan keluarganya, melengkapi segala keperluan mereka. Gadis ini sentiasa percaya akan satu perkara "Segala sesuatu telah dirancang dengan begitu sempurna sekali untuknya oleh Bapa yang Mahakuasa". Keyakinannya ini membuatkan dia semakin teguh dalam setiap apa yang dia lakukan.
        Suatu hari, siapa sangka, gadis ini ditawarkan untuk menyertai satu kembara keluar negara, ke Sepanyol pada bulan Ogos ini. Pada mulanya, si gadis hanya tersenyum kerana dia pasti mana mungkin dia dan keluarganya mampu menampung segala perbelanjaannya ke sana. Tak pernah terdetik pun di hatinya untuk ke sana. Namun, segala sesuatu telah dirancang dengan begitu sempurna sekali untuknya oleh Bapa yang Mahakuasa. Dia didaftarkan dalam kembara itu, dengan segala tiket sudah sedia diuruskan untuknya. Saat ini dia percaya, "Tuhan telah memilih aku, Dia pasti akan bukakan jalan untukku".
        Cuti semester bermula, dia pulang ke kampung halaman setelah gagal mendapatkan kerja sambilan di tempatnya belajar. Dia berusaha mencari kerja sambilan yang akan membantunya menampung perbelanjaan kembara itu nanti. Dia berjanji pada dirinya sendiri, dia akan cuba untuk tidak membebankan ahli keluarganya  dengan kembara ini. Hari demi hari berlalu, dia masih gagal mendapatkan sebarang pekerjaan. Bukan mudah mendapat kerja di pekan kecil sebegini. Gadis ini mulai dilanda kebimbangan. Saat ini, hanya satu yang terlintas di fikirannya, "tak kisahlah apa kerja sekalipun, janji ia mendatangkan duit yang halal buatku".
Suatu petang, dia dihubungi oleh sepupunya menawarkan pekerjaan untuknya. Jawatan baby sitter. Mulanya, dia agak takut untuk menerima , kerana dia tidak pernah ada pengalaman menjaga dan menguruskan bayi kecil sebelum ini. Namun, dia tahu, dia harus melakukan ini. Lagipun, Tuhan tahu bagaimana minat dan sayangnya dia pada anak-anak kecil, jadi Tuhan membukakan pekerjaan ini buatnya. Mungkin inilah masanya untuk dia belajar lebih tentang hidup, tentag kedewasaan dan belajar erti sebuah tanggungjawab. Dia terima pekerjaan ini. Petang itu juga dia dijemput ke rumah sepupunya.
        Sampai di rumah sepupunya, kegusarannya terubat saat terpandang seorang bayi kecil bermain riang dalam sebuah katil bayi yang comel. Petang itu dihabiskan dengan tutorial oleh majikannya. "Susu :1ml air panas, 3 ml air sejuk,  3 sudu setengah susu.Then, baju2 dia ada sini..baby jam 9-10 mandi pagi..dia akan nangis untuk minta susu atau bila pampersnya kotor."Segalanya diingat dan disimpan kemas dalam memori si gadis. Malam itu dia tidur dengan seribu doa agar harinya bersama anak kecil itu baik-baik sahaja. 
bersambung...................


merepek merapu:-)