Hari tu menonton drama pangako Sayo, my faveret tagalog drama,
dan ada satu ayat dalam satu Episod ni betul-betul buat saya
rasa "btul btul btul"..
"setelah segala kesusahan yang telah saya lalui, takkan mungkin
ada perkara lagi yang tidak mampu saya atasi"
lebih kurang macam tulah ayat dia.Bila dipikir, memang betul
kan..Semakin banyak cabaran yang kita lalui, sedar atau tidak,
semakin kita kuat..simple example, exam kita d school, semakin
banyak exam yang kita lalui, semakin banyak ilmu kita, semakin
banyak bekalan hidup kita..begitu juga dengan sebarang cabaran
atau kesusahan yang kita hadapi lebih kuat seseorang itu..Kalau
dalam bahasa fizik, kekuatan (ketabahan) manusia berkadar
langsung dengan tahap cabaran yang dilalui.
teringat pula kisah di matrik, 1st time yang betul betul jauh
dari family. Time ni selalu jak ada masalah kewangan, yalah,
belajar jauh kan, yang support study masa tu pun my mum jak, my
bro & sister baru mok membina kehidupan masing-masing.Then,
time ni lemah betul, asal rasa susah sikit mesti menangis,
lemah semangat.Sehinggalah jumpa satu kawan ni, dia ajar saya
satu perkara yang saya akan ingat sampai bila-bila..Saya ingat
lagi apa yang dia cakap time tu..
"Emie, jangan kau sedih sebab kau rasa kau susah, cuba kau
fikir, kalau mahu dibandingkan dengan saya, dengan orang lain,
kau jauh lebih advance dari kami..kau sudah panjat gunung yang
tinggi, kami pula baru belajar mendaki bukit yang
kecil..selepas ni, bukit-bukit kecil tu perkara mudah bagi kau,
sebab gunung yang tinggi pun sudah mampu kau lalui."
yah!its really help me. That 1 word from my fren really struck
me, really make me stronger..thanks dear fren.
Masa berjalan, kehidupan pun berjalan(walau dua-dua xda
kaki..haha), jatuh bangun tu jadi perkara biasa.Bukan kehidupan
kan kalau tiada cabaran...kalau dulu saya melihat masalah tu
sebagai satu kesukaran, sekarang tidak lagi..Segala masalah
itulah yang ,mematangkan saya hari demi hari..tapi saya mengaku
juga, ada masa masalah tu pandai bikin mood saya ilang(sorry
kawan-kawan kalo ada masa saya moody, kalian yang terkena
tempias)...pandai buat saya menangis sendiri bawah selimut,
tapi lepas semua tu, banyak yang saya belajar..& the most
important thing, its make me close to God more and more..Setiap
kali saya melalui masalah, saya mesti akan mempersoalkan Tuhan,
bertanya itu itu..kenapa saya...kenapa bukan orang lain..sampai
bila..& people, sedar x sedar saya jadi dekat dengan Dia..itu
hebatnya sebuah cabaran a.k.a masalah kan...
last word from me dear fren..tak kisah betapa berat perkara
yang kita lalui selepas ni, ingatlah, di hujung jalan pasti ada
kebun anggur yang indah menanti..dan, Tuhan tidak akan memberi
cabaran melebihi kemampuan kita..nice day everyone...