image ihsan uncle Google
Tajuk kajian::Kenapakah emiedutdut hilang selera makan?
Medium kajian::saya minta tolong uncle Google..
Analisis kajian:
Berdasarkan beberapa website(akan dinyatakan di ruangan rujukan nanti), dan fakta yang saya sendiri rasakan mungkin...
1.Selalunya masalah hilang selera makan dikaitkan dengan orang yang selalu sakit atau yang ada penyakit.PENYAKIT??Level kerisauan makin meningkat mendengar fakta ini.Demam ka atau apa2 jak lah..Tapi, saya sihat walafiat.Ok, kemungkinan pertama ini ditolak.
2. Keracunan makanan. Selalunya, lepas keracunan makanan, perut kita akan ambil masa untuk recover, untuk tanam balik kepercayaan terhadap makanan2 yang bakal masuk...ok, yang ini, mungkin betul..baru2 ni saya ada keracunan makanan, sakit2 perut satu minggu, asal makan buang balik..
3. Terlalu letih...Mungkin juga, sebab akhir-akhir ni tugasan di tempat Latihan Industrui bertambah-tambah, dengan projek besar yang merisaukan..(tapi blogging sempat juga..ahaha)
4. Diserang penyakit angau..Adui..apa pula..berdasarkan blog TigaLogik, tanda-tanda anda sakit angau, antaranya, adalah, tak lalu makan.."Apabila sudah asyik termenung sahaja, sudah pasti permakanan pun terabai bukan? Biasanya bab-bab makan dialah yang paling banyak makan, semua ditelan tanpa berfikir kesan sampingan terhadap najis yang akan dikeluarkan nanti. Namun selepas diserang angau, secara automatiknya mereka menjadi gagah perkasa seperti juara kerana dapat menahan makan berjam-jam lamanya. Nafsu makan semakin merundum, walaupun anda hidangkan set Big Mac (wah feveret aku tu) pun mereka tidak akan menghiraukannya. Aku bukanlah pakar permakanan, tapi aku nasihatkan supaya makanlah, nanti kalau kau orang mati, kau nak tengokkah orang yang kau suka tu kahwin dengan orang lain?"~http://tigalogik.blogspot.com/2010/11/tanda-tanda-anda-diserang-angau.html
hurm, adakah point no.4 ini diterima..saya mandi basah lagi, tidur pun lena lagi, cuma makan jak tak kenyang, so, saya tak angau kot..hahahha..
Kesimpulannya??
Saya pun masih tercari-cari kenapa agaknya perut xs ini semakin menolak makanan..Kawan-kawan, any idea? Atau any tips tuk naikkan selera makan, saya dah terlampau ramping ni.haha..Atau, haruskah saya makan Appeton macam waktu mudaku dulu?Apapun, bila kena bagi Maggi + belacan, selera makan saya MELETUP!Tapi, takkan hari2 nak makan Maggi kan, nanti usus berbelit..ahaha..tolonglah, ajar saya makan banyak..hehe.
Rujukan::kredit to kawan-kawan
1.http://merapurapik.blogspot.com/2008/11/tengtang-selera-makan-yang-hilang.html#comment-form
2.http://agitoarta.wordpress.com/2010/05/12/penyebab-hilang-nafsu-makan/
3. http://tigalogik.blogspot.com/2010/11/tanda-tanda-anda-diserang-angau.html
4.http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1522.0
ok, sekian dulu...