Pages

Wednesday, February 27, 2013

Melihat dari sudut berbeza

Hai kawan-kawan,

Its been a while kan, biasalah bukan penulis tegar, time ada kerajinan jak muncul disini :-)
Anyway, not to late to say "happy New Year 2013". May this new year bring more wisdom, joys, happiness & good health. Oh yeah!

Walau baru 2 bulan dalam 2013, tapi, banyak benda dah aku tempuh sebenarnya. Jatuh bangun,jatuh bangun, macam dah "sik lalek" kata orang Sarawak. 2 bulan tu bukan lah tempoh yang panjang kan, tapi apa2 boleh jadi tau dalam masa yang singkat. Kita tak menduga, tapi Tuhan tahu segalanya.

Apa juga yang jadi sebenarnya kan, berkias sungguh aku..haha..Not to mention here kawan-kawan.Cukuplah aku katakan, apa yang terjadi baru-baru ni mengajar aku melihat dari sudut yang berbeza. Membuat aku sedar bahawa aku bukanlah si Emie yang kuat menangis itu lagi, tetapi si Emie yang masih juga kuat menangis tapi sentiasa menilai dalam setiap tangisan. Berfikir seperti gadis dewasa umur 30(oh, aku baru umur 24thun yah:-) ). Maksud aku, aku harap aku lebih matang dalam tindak tanduk aku dan harap akan sentiasa matang saban hari. Aku mahu jadi lebih positif! Aku dah tak mahu lagi jadi macam dulu, menilai perkara dari sudut negatif sahaja. Aku dah tahu, ada sebab Tuhan pertemukan kita dengan sesuatu, Dia tahu kita harus lalui itu, baru kehidupan kita ada maksud! Anggap ni macam "assignment" dari Tuhan, untuk megajar kita lebih kuat dan lebih mendewasakan kita!

Sebelum ini, bila ada sesuatu yang menyakitkan terjadi pada aku, aku selalu persoalkan Tuhan.Kenapa aku?Kenapa harus aku lagi?kenapa tidak orang lain? Tapi, apa yang terjadi baru-baru ni betul2 mengajar aku untuk percaya dan percaya pada rencana Tuhan dan terus yakin, Dia tahu yang terbaik! Dan lebih penting, semua ini ANUGERAH dan KASIH SAYANG Dia buat aku!

Terima kasih Tuhan kerana memilih aku untuk melalui semua ini. Kuatkan aku luar dan dalam. Kuasai fikiran, hati dan perbuatanku sepenuhnya.

yang lemah tapi dikuatkan,
post signature