Pages

Thursday, April 2, 2009

Today article........

S’wak negeri terkaya 2030
Oleh Abang Ismail Abang Su'ud

borneo post 2 april 2009

Ia direalisasikan selepas gelombang politik pembangunan kedua, dengan lebih ramai pelabur melabur di negeri ini

BINTULU: Sarawak akan menjadi sebuah negeri terkaya di Malaysia pada tahun 2030 apabila gelombang politik pembangunan kedua dilaksanakan kelak, kata Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Menjelang tahun 2030, insyallah kita akan menjadi negeri terkaya di negara ini serta akan menjadi tempat yang mewujudkan banyak peluang,” katanya semasa berucap dalam majlis ulang tahun sambutan ke-28 beliau selaku Ketua Menteri Sarawak di Dewan Suarah Bintulu malam kelmarin.

Katanya, apabila negeri terkaya itu dapat direalisasikan, penduduk Sarawak akan melihat lebih ramai pelabur datang untuk melabur di sini.

Sambil tidak menafikan bahawa politik pembangunan pertama yang dilaksanakan di negeri ini sebagai sukar, Taib berkata, politik pembangunan kedua dilihat akan lebih mencabar dan sukar lagi.

Justeru, beliau menyeru rakyat terus bersatu dan memastikan anak-anak mereka diberikan pendidikan yang betul bagi menyesuaikan keadaan pembangunan ekonomi negeri ini.

Katanya, pembangunan baru yang dilaksanakan memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi kerana lebih ramai jurutera, juruteknik, pengurus, pentadbir, mekanik dan bidang-bidang kepakaran lain diperlukan.

Beliau berkata Sarawak pada satu masa dahulu sama ada menjadi negeri kedua atau ketiga di negara ini terkebelakang dalam pembangunan.

Bagaimanapun katanya, dengan wawasan yang kukuh oleh kerajaan dan semua pemimpin maka negeri ini dapat menghadapi segala cabaran mendatang menjadi negara yang terus membangun.

“Sekarang kita ada pasaran industri yang bersesuaian. Ini bukan mudah untuk dicapai,” katanya sambil menambah pencapaian itu adalah berikutan pemimpin di Sarawak lebih teguh dengan wawasan mereka berbanding negeri-negeri lain.

Taib berkata untuk terus me-realisasikan wawasan ini (ne-geri terkaya) pemimpin dalam kerajaan perlu bersatu serta lebih berdedikasi dan menjadi contoh kepada yang lain.

“Kita mesti berkongsi satu wawasan dan bergerak ke hadapan,” katanya sambil menjelaskan sejak 28 tahun lepas, beberapa tindakan penting telah dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan lebih banyak pembangunan di negeri ini untuk rakyat.

Katanya antara tindakan yang dibuat adalah mengubah minda rakyat pelbagai kaum di negeri ini supaya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan serta bersatu bergerak ke hadapan.

“Kita boleh berjaya disebabkan kita membawa impian untuk kaum Iban, Cina, Melayu, Melanau dan lain-lainnya walaupun impian mereka berbeza tetapi kita tahu tentangnya.

“Ia merupakan perkara penting yang berlaku pada 28 tahun lepas. Kita perlu berfikir apa yang kita boleh buat untuk masa hadapan,” katanya.

Turut hadir dua Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu serta menteri-menteri kabinet negeri.


wow...hopefully, it will become reality, not only fantasy...

my trip to Lion City...

last saturday,28 march, i went to singapore..a 1 day journey,huhu,pretty tired,but for sure, i enjoyed the trip!!Singapore..budget-travel-survival!





My future car..Awes0me!!!






Ke garisan....


Sedia.....


Lompat!!!!



5 Things i like bout this 'Fine' city....

1. Wow, very clean (toilet 5 stars)
2. Nice building (durian shape pun ada)
3. jalan raya, very systematic..
4. sweet singaporeans..
5. Man with a yellow boot..hahahaha..

hopefully, i will have another chances to visit Singapore next time...
p/s: if u r planning to go to Singapore, bring ur own drink n food..hihihi..