BUKTI SI GADIS SAYANG TAHAP DEWA KAT KAMU.
1. Setiap hari tak kira pagi mahupun malam kamu akan dapat ucapan selamat/good morning/good night dari dia walaupun dia tahu kadang-kadang kamu buat dek jak sebab bagi dia macam something is missing walau hanya 1 hari saja dia terlupa.
2. Dalam inbox handphone dia, separuh adalah mesej daripada kamu yang entah berapa kurun lama dah. Dia akan still simpan sebab bila dia rindu kamu, dia akan baca balik semua mesej-mesej tu.
3. Bila dia tahu kamu sakit atau kamu sedang dalam masalah, dia tidak akan senang hati selagi kamu tak menyatakan yang kamu benar-benar ok. Dan kamu akan nampak , dia adalah orang yang akan cuba apa sahaja untuk membantu kamu saat itu sebab dia ikut sedih kalau kamu sedang susah.
4. Dia tahu kebanyakan perkara mengenai kamu seperti warna kegemaran kamu, makanan kegemaran kamu dan sebagainya.Malahan dia tahu rutin harian kamu seperti pukul berapa kamu biasa bangun, dimana kamu biasa makan, lepak dan sebagainya sebab setiap perkara mengenai kamu walaupun remeh bagi kamu sendiri adalah keutamaan bagi dia.
5. Kalau facebook benar-benar ada application untuk detect siapa Top Stalker kamu, pasti dia akan menyandang gelaran itu sebab setiap kali dia log in facebook, dia akan membuka profile kamu.
6. Kawan-kawan kamu terutamanya kawan di facebook adalah kawan-kawan dia juga, sebab bila dia sayangkan kamu, dia mahu kenal siapa teman-teman kamu dan lebih memahami kamu melalui teman-teman kamu.
7. Setiap barang yang dia dapat ketika bersama-sama kamu walau sekadar tiket wayang pun dia akan simpan sebab setiap apa yang dia lakukan bersama kamu sangat berharga bagi dia.
8. Dia akan jadi lebih aktif, lebih vocal bila kamu ada di hadapannya sebab dia mahu kamu sedar akan kehadiran dia disana.
9. Birthday kamu tercatit dalam planner, direkod dalam reminder handphone dan ditanda dalam setiap kalendar yang dia ada kerana bagi dia birthday kamu adalah tarikh yang paling penting melebihi birthday dia sendiri.
10. Bila dia tahu kamu tidak pernah menyayangi dia sedalam dia menyayangi kamu , dia tidak akan pernah mendesak kamu sebaliknya akan berusaha bermati-matian menunjukkan dia sudah melupakan perasaan sayangnya terhadap kamu sebab bagi dia apa yang terbaik adalah kamu bahagia.
11. Andai satu hari hati kamu terbuka untuk menerima dia, dia akan menerima kamu kerana sebenarnya dia tidak pernah berhenti berharap dan sentiasa menunggu kamu sampai bila-bila pun.
so handsome2 sekalian, bila ada yang sayang kamu begini, jangan jual mahal sangat k...bukan senang mok ada orang yg betul sayangkan kita ni.hehehe..sungguh cinta itu x bole dipaksa, tapi boleh dipupuk kan...and jangan memilih yang terlalu sempurna , sebab nobody is perfect...apapun, kalo betul hati kamu bukan untuk dia, jangan kecewakan dia, jangan biar dia rasa terhina, tolak dia secara baik k...kita hidup saling melengkapi.hehehe....n untuk this girl, ur love will bring you great, great love someday..have faith ok!
Salam kasih sayang~emie~