Macamana pun sekarang, aku kena jadi KUAT ..Jadi kuat untuk diri sendiri,kuat berdepan kesilapan mahupun kelemahan diri, kuat berdepan sahabat yang semakin melupai diri dan paling penting KUAT BERDEPAN REALITI.
Siapa kau Realiti untuk menolak aku ke tepi?
Sekuat mana engkau Realiti untuk buat aku jatuh tersungkur? aha!Aku mungkin akan jatuh, tapi lepas tersadung, bersihkan lutut, itu saja, aku pasti akan bangun KEMBALI walau lutut aku berdarah. Aku dah terbiasa Realiti, berdepan dengan kamu yang jauh lebih pahit dari yang selalu aku impikan. Aku dah akur dan percaya ,Tuhan lebih mengetahui dan selalu mengetahui segala yang terbaik buat aku!
Ya, aku ada Tuhan! Aku dah LEBIH DARI KUAT untuk buat kau pula yang jatuh tersungkur, Realiti. Aku ada Tuhan yang selalu menguatkan aku untuk berdepan kamu.
Aku tak pernah bermusuh dengan kau realiti, apatah lagi menolak kau. Aku tahu, engkau dan masa depan adalah satu. Ada esok, adalah engkau realiti, ada nafasku, adalah juga engkau realiti. Malah, aku mahu berterima kasih pada kau Realiti, sebab dari engkau tak pernah ada pembohongan, engkau telus, benar walau kadang2 lebih pahit dari manisnya. Kau guru terbaik Realiti, banyak buka mata aku, tentang dunia ini. Banyak mengajar aku, hidup ini dugaan, hidup ini pengalaman dan hidup ini Kau, REALITI.
Fantasi itu jauh lebih indah, tapi kalau diminta memilih, aku lebih memilih kau Realiti, dari hidup dalam angan fantasi yang tak sudah-sudah.