Pages

Wednesday, June 29, 2011

tabiat-tabiat aneh..

Pernah tak kalian terfikir kadang-kadang ada sesetengah benda yang kita lakukan sebenarnya pelik, atau dalam kata yang lebih mudah difahami, tabiat aneh. ..Iya, aneh..tumben kata orang Indonesia..

Hari tu, ujung minggu saya, kakak & abang ipar sempat kehairanan dengan tabiat orang tua yang suka menggaru belakang badan di dinding atau di pintu. Nenek saya, ibu mertua kakak saya, datuk saya sangat selalu mencari dinding bila belakang gatal..Dinding facebook jak lagi dorang belum try:-)Mesti nenek anda pun begitu kan..atau ni tabiat keturunan saya jak ni..ahahha

Dalam Glee, ingat watak Miss Emma? Dia pun ada satu tabiat aneh, iaitu pembersih yang terover. Tiap kali mok duduk, mesti akan lap kerusi tu bersunggguh-sungguh. Kalau bab makan pula, dia mesti make sure apa yang dia makan itu sangat bersih, sampai sebelum makan anggur pun dia sanggup  lap anggur tu satu-satu ngan tisu.

Saya pun ada tabiat aneh juga, banyak mungkin, tapi ada satu jak yang sangat menghantui ni.Aha. Saya suka hidu barang baru atau spesifiknya bau buku baru & bau daun/rumput kena bakar. Memang sejak dulu lagi ada tabiat ini. Dulu kalau di sekolah rendah, hari penyerahan buku teks baru adalah kesukaan saya. Saya akan hidu setiap buku yang baru tu. Kalau awal-awal persekolahan mesti akan beli banyak buku baru kan..Ya alahai, sukanya saya. Nikmat..haha..Then, memandangkan saya ni duduk di kampung, saya sentiasa terdedah dengan bau rumput/daun yang dibakar dan apa kejadahnya, saya suka hidu bau ni. Bila ada orang keliling membakar, saya memang dengan ghairahnya akan menghidu "aah, sedapnya bau"..aha..Tapi, saya tidak terlibat dengan segala pembakaran terbuka ini ok, saya tukang hidu jak:-)

Saya percaya kawan-kawan pun meski ada tabiat yang aneh juga kan? Namun, tak kisahlah apa tabiat itu, Tuhan menjadikan kita berbeza untuk melengkapi antara satu sama lain. Tuhan kreatif dan menjadikan kita unik. :-).Tapi jangan salah faham pula k, tabiat jahat itu tidak termasuk dalam kategori unik, jauhkan yang buruk, dekati kebaikan Selamat malam.

Salam sayang,