Hormat,bagi aku bukan boleh dibeli dengan wang ringgit, bukan juga boleh dinilai dengan masa. Hormat bagi aku harus datang dari hati yang ikhlas dan terbuka. Hormat, susah kita nak dapat, tapi senang kita nak hilang. Sejak kecil lagi, kita diajar untuk menghormati sesama kita,terutamanya golongan yang lebih dewasa daripada kita. Dalam keluarga, hormat itu asas segala-galanya. Tapi, apa kata anda andai ini yang terjadi:
Bayangkan, anda hidup bersama seorang yang sangat tidak bertanggungjawab pada keluarga , juga pada diri sendiri. Bongkak sombong dan tidak pernah mahu beralah. Dari kecil anda lihat bagaimana teruknya dia sebagai seorang suami juga sebagai seorang dewasa dalam keluarga. Percakapannya pula selalu mahu menang dan sering menyakitkan hati yang mendengarnya. Bagi dia, dia sahaja yang betul, orang lain selalunya salah. Lebih teruk, tanggungjawab terhadap keluarga dia abaikan, malah saban hari dia jadi makin malas, malas berusaha, malas bekerja. Anda pula berada di situasi dimana anda harus menghormati dia walau apapun sebab, dia ahli keluarga anda & dia jauh lebih dewasa! Tapi, persoalannya sekarang, anda tak pernah berjaya pupuk perasaan hormat terhadap dia walau macamana pun anda mencuba dari anda masih kecil lagi. Bertahun anda mencuba untuk mendatangkan rasa hormat itu, tapi makin anda dewasa, makin anda gagal, sebab anda dah lebih dewasa untuk nampak apa yang baik, apa yang buruk. Namun, apa yang lebih menakutkan, rasa kurang hormat ini lama kelamaan menjadi satu kebencian. Anda jadi tidak wajar terhadap layanan dan percakapan anda terhadap orang ini. Apa yang harus anda lakukan? Di satu sisi, anda tahu anda harus belajar menghormati dia, menjaga tingkah laku terhadap dia, di satu sisi lain anda tahu sukar untuk menghormati dia sebab anda kenal dia, anda muak dengan perangai dia , anda dah hilang rasa hormat terhadap dia...
Aku harap, aku tak harus memilih..aku harap, aku tak ragu-ragu untuk ada rasa hormat itu!