Thursday, April 30, 2009
sempat juak memblog...hihihi
satu tahun berlalu, maksudnya,sa dah lalui 2 sem sebagai student science com...sem 1, ok lah, walaupun kdudukan sekadar baik, semangat juang tue tinggi lagi...but not in sem 2..suddenly, i feel,very2 down..macam2 masalah melanda,tambah2 lagi dengan hasrat sa mo tukar coz, semuanya bgitu mengganggu..sem 2 berlalu dengan agak kurang baik,x tau lah macamana result nanti,,tp yg pasti, tuk final nie, i have done my best!2 sem di sini, i learn a lot of things..kehidupan yang mematangkan..hidup di utm,make me thinking more...beberapa perkara yang sa belajar:
1. Nothing wrong with failure
2. Keinginan sering membuatkan kita alpa,selama nie, sa selalu cakap pada diri sendiri, minta saja apa2 Tuhan pasti akan beri ,Dia sendiri pernah berkata begitu..tapi bila sa x dapat apa yang sa mau, sa akan stat blame Tuhan, tanpa sa sedar, sebenarnya Tuhan telah bagi sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang sa idamkan...cuma cara sa menerimanya membuatkan perkara itu jadi tidak menarik, so sekarang sa belajar bahawa...hadapi apa yang kita tidak suka, apa yang kita tidak pandai, sebab dari sana akan hadir satu keseronokan..sa sibuk sangat mo tukar course, tanpa sa sedar, Tuhan dah bagi course yang memang Dia tahu sesuai untuk sa..sa benci belajar sesuatu yang sa x suka,sa sentiasa berusaha mengelak, tp sa lupa,that's life, that's learning process, right...i hope, lepas nie, sa akan hadapi sem 3 n sem-sem seterusnya dengan lebih matang.apatah lagi sa akan hilang status junior..hihi..andai sa tukar course pun lepas nie, bukan sebab sa mo lari dari science com, tp sebab itu rencana Tuhan...amen
3. life is nothing without friends..dalam sa jatuh, di sana mereka ada ,bagi sokongan, x kisah sokongan apapun..mungkin sa x dapat hadapi suma kejatuhan nie tanpa kawan2 suma...thanks guys!
ntah kenapa sa crita bgini kan,hahaha...yang penting i want people to learn sumthing from wat was happen to me...God had made sumthing for a reason..right..k,mo sambung belajar dulu..happy holiday everyone...
Thursday, April 16, 2009
Dari Arkib berita kosmo..jangan telan biji buah-buahan...
Doktor temui pokok dalam paru-paru

![]() |
| Gambar X-ray menunjukkan imej seperti pokok fir membesar dalam paru-paru Sidorkin. |
IZHEVSK, Rusia - Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh dalam perut?
Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang berumur 28 tahun.
Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.
Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu.
"Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya melihat benda lain.
"Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr. Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.
Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.
"Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya," kata Sidorkin.
Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki paru-paru manusia.
Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian membesar di dalam tubuhnya.
Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut. - Agensi
p/s: nah,bahaya kan..lepas ni janganlah telan biji limau ka, cili ka, betik ka, durian apalagi..tumbuh dalam perut nanti..pesan org tua selalunya betul..hihihi
