Pages

Wednesday, June 29, 2011

tabiat-tabiat aneh..

Pernah tak kalian terfikir kadang-kadang ada sesetengah benda yang kita lakukan sebenarnya pelik, atau dalam kata yang lebih mudah difahami, tabiat aneh. ..Iya, aneh..tumben kata orang Indonesia..

Hari tu, ujung minggu saya, kakak & abang ipar sempat kehairanan dengan tabiat orang tua yang suka menggaru belakang badan di dinding atau di pintu. Nenek saya, ibu mertua kakak saya, datuk saya sangat selalu mencari dinding bila belakang gatal..Dinding facebook jak lagi dorang belum try:-)Mesti nenek anda pun begitu kan..atau ni tabiat keturunan saya jak ni..ahahha

Dalam Glee, ingat watak Miss Emma? Dia pun ada satu tabiat aneh, iaitu pembersih yang terover. Tiap kali mok duduk, mesti akan lap kerusi tu bersunggguh-sungguh. Kalau bab makan pula, dia mesti make sure apa yang dia makan itu sangat bersih, sampai sebelum makan anggur pun dia sanggup  lap anggur tu satu-satu ngan tisu.

Saya pun ada tabiat aneh juga, banyak mungkin, tapi ada satu jak yang sangat menghantui ni.Aha. Saya suka hidu barang baru atau spesifiknya bau buku baru & bau daun/rumput kena bakar. Memang sejak dulu lagi ada tabiat ini. Dulu kalau di sekolah rendah, hari penyerahan buku teks baru adalah kesukaan saya. Saya akan hidu setiap buku yang baru tu. Kalau awal-awal persekolahan mesti akan beli banyak buku baru kan..Ya alahai, sukanya saya. Nikmat..haha..Then, memandangkan saya ni duduk di kampung, saya sentiasa terdedah dengan bau rumput/daun yang dibakar dan apa kejadahnya, saya suka hidu bau ni. Bila ada orang keliling membakar, saya memang dengan ghairahnya akan menghidu "aah, sedapnya bau"..aha..Tapi, saya tidak terlibat dengan segala pembakaran terbuka ini ok, saya tukang hidu jak:-)

Saya percaya kawan-kawan pun meski ada tabiat yang aneh juga kan? Namun, tak kisahlah apa tabiat itu, Tuhan menjadikan kita berbeza untuk melengkapi antara satu sama lain. Tuhan kreatif dan menjadikan kita unik. :-).Tapi jangan salah faham pula k, tabiat jahat itu tidak termasuk dalam kategori unik, jauhkan yang buruk, dekati kebaikan Selamat malam.

Salam sayang,
Thursday, June 23, 2011

Oh, rindunya..

Oh, betapa rindunya pada..aha, tajuk jak tu..bukan rindu pada sesiapa..tapi saya betul2 rindu perkara-perkara yang tertera di bawah:

1. Bermain bola jaring ngan kawan-kawan.Paling last saya main di matrik dulu. Time tu ada tournament 3on3, saya group ngan my bestfriend Toyo, Dila, and lagi 2 orang saya lupa pula. Kami johan tu game..hehe.Bila masuk UTM, sekali jak saya main bola jaring, itupun suka-suka, di gelanggang k18 ngan Baby & the geng.ini satu-satunya sukan yang saya boleh buat.Oh, rindunya...

2. Berlakon..Bukan berlakon filem atau drama macam Cinta melodi tu, tapi berlakon teater, sketsa, pentomin dan yang sewaktu dengannya. Dulu di sekolah menengah, terutamanya Form 5 saya giat berlakon di pentas. Dapat watak macam-macam, nenek tua di kaki lima, perempuan kelab, watak ibu & paling challenging watak Kuntum Sari-wanita yang ditipu kekasih, dirogol dan akhirnya gila..haha..macam-macam kan, tapi sangat best.Masuk UTM, adalah join Kelab Teater UTM(TnT) sekejap, lepas sekali perjumpaan saya quit.Kalau ditanya apa yang paling saya menyesal sepanjang berada di UTM, saya akan jawab, menyesal quit dari TnT..I love theater, I love acting..tapi, ntahlah kenapa time tu takut sangat nak join..dan sekarang, betapa saya rindu mok berteater..Oh,rindunya...

3. Rindu zaman persekolahan..FYI, sebab saya jaga anak cikgu sepanjang cuti ni, so saya tinggal di kuarters guru SMK Three Rivers Mukah. Dan, hari-hari saya secara tidak langsung mengalami suasana persekolahan. Saya rindu kehidupan berasrama di sekolah. Hari2 nampak budak-budak sekolah ni angkat tray pegi dewan makan, saya jadi rindu zaman2 asrama dulu..Makan beramai-ramai di dewan makan sambil mata jeling-jeling si "cinta monyet"..haha..lepas tu, semalam dengar budak2 sini perhimpunan mingguan, & saya jadi rindu suasana perhimpunan sekolah dulu. Kalau dulu time perhimpunan saya selalu jadi pengulas buku Bahasa Melayu,ataupun wakil ahli koperasi kasi promote barang koperasi..Then, rindu study malam(prep malam) yang banyak main dan hanya akan belajar bila warden datang..ahaha.Oh, rindunya...

4.Rindunya pada rambut panjang..tiada ulasan kerana, padan muka,sepa suruh potong rambut..hahahha..

Konklusinya,walau banyak benda yang saya rindukan, rindu pada kamu tetap jauh lebih dalam...(minta puji punya  konklusi, bahana tengok drama terlalu banyak..hahaha)

Sekian dulu,
salam sayang,






EmieDuTduT