Pages

Monday, July 4, 2011

Tangisan kanak-kanakku...

Kata emak, waktu aku baru dilahirkan, aku anaknya yang paling berat, paling montel, beratku 3.3kg. Kata emakku lagi, waktu kecil, aku anak yang sangat kuat nangis, paling congek. Kalau ada saja orang yang mengusik aku, mengatakan "oh, kesiannya Emie", aku akan menangis teresak-esak. Aku tak boleh langsung bila orang kesiankan aku. Datuk ku sempat mengeluh menjaga aku kata emak bila ditinggalkan emak dan nenek ke sawah, sebab aku menangis jak, datuk jadi bingung jaga aku.Masa ayahku meninggal, aku baru berumur 4 tahun, waktu itu aku nangis kuat, tapi bukan sebab aku sedih(aku kecil lagi ok, tak paham apa2), tapi sebab aku nampak orang lain nangis, jadi aku ikut nangis.Adoi. Waktu aku tadika pula, bila aku nampak emak lalu depan tadikaku, walau ketika itu aku sedang membaca buku,, aku akan menangis teresak-esak. Cerita emak lagi, masuk sekolah rendah penyakit congekku ini tak habis-habis. Tahun 4, entah apa mimpiku, aku duduk di asrama sekolah. Tapi, cerita  emakku, suatu hari, sedang dia berehat di atas katil, dia terdengar kanak-kanak menangis, emak fikir adikku Yana yang menangis, sekali dilihat, yang menangis itu adalah aku, yang lari dari asrama. Bila emak tanya aku jawab "saya rindu mak"..ahaha.Lucu sungguh kejadian ini tapi aku tak ingat langsung. Tahun Lima, aku naik gian lagi, ikut kawan-kawan duduk di asrama. Waktu itu, emakku ada kebun berdekatan sekolah, petang-petang boleh nampak emak di kebunnya. Dan kata emakku, setiap petang aku akan duduk di hujung sekolah, melihat ke arah emak di kebun sambil menangis-nangis. Dan, macam tahun sebelumnya, aku angkut beg dan balik lagi ke rumah. Ahaha, congek sungguh.Tapi, aku tak putus asa untuk cuba tinggal di asrama, Tahun 6 aku cuba lagi. Dan , satu hari abangku datang melawatku di sekolah. Esoknya, aku angkut beg dan menangis-nangis. Abangku marah, katanya"kalau nak lari dari asrama bagus kau ikut abang semalam, tak kau penat-penat angkat beg berjalan kaki."Hahaha. Aku ada pantang kata emak, tak boleh tengok sesiapapun dari rumah, aku pasti akan menangis dan minta dibawa balik. Ada sekali, ini yang aku ingat,emak pukul aku di belakang, emak tak pernah pukul aku, tapi kali ini dia pukul sungguh-sungguh sebab tak tahan dengan aku yang berhati lembik ni. Waktu itu aku menangis-nangis di sekolah, ingin ikut mak balik rumah. Kata emak, kalau aku menangis lagi, mak akan berhentikan aku sekolah. Nasib baik mak sekadar menakut-nakutkan aku, kalau tak, jadi "Kassim Selamat" yang tak bersekolahlah aku. tapi tetap, aku pulang juga hari tu dan jadi budak harian selama-lamanya.

Ada setahun ni, mak aku ingin pergi bekerja di kilang di pekan, rasanya waktu itu umur aku 10 tahun, aku menangis sampai demam selama seminggu. Aku tak mahu mak pergi bekerja meninggalkan aku. Tapi bila mak belikan aku jam tangan, senang hati pula aku lepaskan mak bekerja, ah materialistik aku ni.aha.tapi, senang hati tu sekejap jak. Bila hujung minggu mak aku tak balik ke rumah, aku akan menangis teresak-esak.

Masuk sekolah menengah, emak mula risaukan aku. Yalah, aku agak baik dalam pelajaran(mak yang cakap), emak takut, nanti gara-gara penyakit congekku ini, aku tak kemana-mana. Jarak dari kampungku ke sekolah menengah waktu itu agak jauh.Tak ada jalan darat yang menghubungkan,yang ada cuma jalan sungai, naik bbot, dalam 45minit. Jadi, dipendekkan cerita, aku harus duduk asrama. Ya Tuhan, kata emak, memang sakit betul dia menyekolahkan aku di Tingkatan 1, bukan sebab kesempitan duit, tapi sebab penyakit conek ni lah. Minggu pertama di Tingkatan 1, hari-hari aku menangis di kelas, sampai ada cikgu yang naik bingung, yalah, dia sibuk mengajar, aku pula berjuraian air mata. Bila ditanya, jawapan aku "saya rindu mak"..Adoi. Lepas tu, pantang tengok jak mana2 ibu bapa yang sekampung ngan aku, yang melawat anak mereka di asrama, aku akan menangis juga. Sampai orang kampung pun stress, yalah, naik takut nak melawat anak mereka, sebab asal mereka datang, aku menangis tak henti-henti. Tapi syukur, keinginan aku untuk belajar mengatasi penyakit congek ni. Setiap kali kalau aku menangis teruk dan mahu pulang, emak akan guna ayat yang sama "mak berhentikan kamu sekolah, kamu mahu?" .Jadi aku teruskan persekolahan , walau kadang-kadang bila penyakit congekku datang, aku akan menangis sendiri.  Sampai Tingkatan 2, aku masih lagi begini, ada masa menangis di kelas, ada masa menangis sendiri di katil, bila emak datang menangis meraung-raung. Sampai, emak aku jarang lawat aku, sebab kalau dia datang aku akan menangis.padan muka.ahaha.Oh, lupa, syukur, waktu aku sekolah menengah, aku sama sekolah ngan kakak aku. Dia Tingkatan 3 waktu aku Tingkatan 1. Nasib ada kakakku ini, yang sanggup layan karenah congek aku ni. Aku selalu mengekor kakakku, kalau tidak aku akan rasa homesick. Kakaklah yang akan teman-temanku panggil jika aku tiba-tiba menangis dengan dasyat. Aku ingat lagi, ada suatu minggu ni, sepatutnya kami balik kampung, tapi kakakku batalkan, sebab dia ada hal, ya Tuhan, kuat sungguh aku menangis waktu itu, sampai kakakku tak tahan.Terlalu banyak rasanya aku menangis dulu. sampai aku tak ingat, macamana sebenarnya aku bole ok. sebab yang aku ingat, masuk Tingkatan 3, congek aku dah kurang, Tingkatan 4 dan 5, aku dah mampu mandiri, sampai kadang-kadang nenek aku pula yang merajuk sebab aku jarang balik rumah.

Bila diingat kembali, lucu. mesti orang tak sangka aku dulu macam ni kan, lain dari jiwa ceria aku sekarang. Tapi, sebab tangisan waktu kanak-kanakku inilah yang membuatkan aku kuat. Setiap titis air mata itu menyedarkan aku betapa aku tidak mampu berjauhan dari keluar aku,buat aku sedar diri keluarga aku no.1, dan setiap titisan air mata itu jugalah yang betul-betul menguatkan semangat aku sampai aku boleh berusaha untuk memajukan diri sekarang:-)

p:s/ Aku tak congek lagi, tapi bila perlu menangis, aku akan menangis, sebab tangisan tak melambangkan kelemahan, tapi kekuatan aku untuk bangun semula:-)

0 comments:

Post a Comment