Pages

Wednesday, May 22, 2013

Kejayaan memang tidak datang bergolek, apatah lagi terbang...

Hi kawan2,
Bila tak dapat tido, baru mok blogging lagi kan..hehehe..Dah lebih sebulan duduk di rumah menunggu berita gembira, menunggu bila diri ini akan bekerjaya semula.
 Betul kata orang dalam cerita yang kejayaan tu takkan datang bergolek. Sekarang, baru rasa susahnya nak bina hidup tu sendiri. Maksud 'hidup" di sini adalah ada kerja yang tetap, berpendapatan tetap tiap2 bulan, mampu sara keluarga , mungkin lebih bagus ada kereta dan rumah sendiri. Hidup yang stabil.
Susah sebenarnya kan, bila dah "terima topi segi empat", graduated, tapi belum dapat2 kerja. Banyak expectation dari orang sekeliling. Keluarga terutamanya, pasti menunggu bilalah dapat diri ini pula menjadi sandaran. Orang kampung pula akan sibuk bercerita, "anak si dotdotdot itu belajar tinggi2, sampai ke Johor, tapi sampai sekarang belum dapat kerja bagus"..Telinga bila mendengar, tebalkan saja lah..
Bukan senang kan nak berjaya sekarang, walaupun berjaya dalam definisi saya mudah sahaja, ada kerja tetap dan hidup cukup makan dan gembira ! Menggenggam segulung Ijazah bukan jaminan , keluar2 terus berjaya pegang duit ribu2. Yes, memang ramai juga kawan2 yg berjaya macam tu, tapi mungkin jalan aku bukan macam tu. Takut, ya, memang aku takut juga! Takut terlalu lambat aku berjaya. Takut, terlalu lambat aku bertemu hidupku. Tapi, selagi aku percaya akan rencana Tuhan, aku takkan biar ketakutan tu jadi penghalang untuk aku mencari hidupku. When the right time has come, everything will be alright. Pray for me dear friends & family.

Moga apa yang kita impikan, satu hari akan jadi kenyataan.Amen.

post signature

0 comments:

Post a Comment